Saturday, February 25, 2012

Kiriman Doa Buat Arwah...

Menziarahi kubur adalah sebagai  peringatan buat jiwa, bukannya untuk imbasan kenangan bersama mereka  yang banyak mengundang tangisan. Ramai yang menyangka penghuni kubur akan mengetahui apabila kita datang menziarahi kubur mereka. Sangkaan ini tidak menepati keterangan al Quran sepertimana di bawah:
     Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak sama orang yang hidup dengan orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki Nya mendengar, dan engkau wahai Muhammad tidak dapat menjadikan orang di dalam kubur mendengar." (Surah Fatir 35:22)


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda  yang bermaksud:"Ziarahilah kubur bagi mengingati kehidupan abadi di akhirat." (Riwayat Ibn Majah no.1569). 


Tiada pengkhususan hari untuk kita menziarahi kubur. Kita diminta oleh syarak untuk memberi salam kepada para penghuninya, doakan kebaikan dan keampunan serta merahmati mereka. Bersedekah dan lakukan kebajikan bagi pihak mereka serta menggunakan harta yang mereka tinggalkan untuk tujuan kebajikan. Semoga roh insan yang tersayang ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.....Aminn.

No comments:

Post a Comment