"Masih dapat hidup adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup adalah nikmat yang biasa-biasa. Justeru ramai yang tidak berterima kasih kepada Tuhan kerana masih dihidupkan. Padahal Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya membaca doa ini sebaik sahaja kita bangun dari tidur:
'SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGHIDUPKAN KAMI SETELAH MEMATIKAN KAMI DAN KEPADANYA KAMI DIKEMBALIKAN,' (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)
Dapat bangun daripada tidur dan hidup lagi pada setiap hari wajib disyukuri. Ini kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur pada malamnya, terus tidak bangun-bangun lagi kerana ajalnya telah sampai. Walaupun begitu, bukanlah cukup hanya dengan berdoa sahaja, tetapi yang lebih pentinglah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadikan hidup ini untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi... (Sedutan SOLUSI Isu 24)
No comments:
Post a Comment