Tuesday, February 28, 2012

Lekanya Aku Ya Allah..



Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna... tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...
Aku terus bertanya
Dimana?? dimana???
Dimana sisa cinta aku
Cinta aku pada dia yang kuasa

Cinta peneman di saat senang dan susah
Baru kusedar cinta tu sudah lama pergi
Aku leka dalam mengejar cinta dunia
Sehingga aku lupa pada pencipta
Lupa pada cinta hakiki

Ya Allah lekakah aku Ya Allah
Adakah peluang utk ku lagi ya pencipta
Peluang utk aku kutip sisa bahagia
Aku terlalu rindu akan bisikan-Mu
Bisikan kebenaran dalam setiap saat kehidupan

Jadual Gaji..Untuk Lebih bersemangat..Tapi ingatlah bahawa setiap sen akan disoal kembali... Semoga kita gunakan untuk manfaat dunia dan akhirat



BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November06/11/2012
Disember18/12/2012

Ya Allah... Jauhkan Hati Ini Daripada Sifat Mazmumah.

1.Gemar makan dan minum
2.Banyak berkata-kata yang sia-sia
3.Marah
4.Hasad, dengki dan iri hati
5.Kasih kepada harta
6.Takbur
7.Riyak
8.Ujub
9.Kasih akan dunia

Saturday, February 25, 2012

Kiriman Doa Buat Arwah...

Menziarahi kubur adalah sebagai  peringatan buat jiwa, bukannya untuk imbasan kenangan bersama mereka  yang banyak mengundang tangisan. Ramai yang menyangka penghuni kubur akan mengetahui apabila kita datang menziarahi kubur mereka. Sangkaan ini tidak menepati keterangan al Quran sepertimana di bawah:
     Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak sama orang yang hidup dengan orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki Nya mendengar, dan engkau wahai Muhammad tidak dapat menjadikan orang di dalam kubur mendengar." (Surah Fatir 35:22)


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda  yang bermaksud:"Ziarahilah kubur bagi mengingati kehidupan abadi di akhirat." (Riwayat Ibn Majah no.1569). 


Tiada pengkhususan hari untuk kita menziarahi kubur. Kita diminta oleh syarak untuk memberi salam kepada para penghuninya, doakan kebaikan dan keampunan serta merahmati mereka. Bersedekah dan lakukan kebajikan bagi pihak mereka serta menggunakan harta yang mereka tinggalkan untuk tujuan kebajikan. Semoga roh insan yang tersayang ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.....Aminn.

Thursday, February 23, 2012

Sejenak renungan untuk diriku dan sahabat yang lain..

Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami suatu ketika pernah melayani Nabi s.a.w. dengan penuh khidmat. Beliau mengambilkan air untuk berwuduk kepada baginda setiap kali hendak solat, juga memenuhi semua hajat dan keperluan baginda.
    Untuk membalas kebaikan ini,, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku,"
    Rabi'ah menjawab"Aku minta agar dapat bersama tuan nanti di dalam syurga,"
    Baginda bersabda lagi," Apakah ada lagi permintaan yang lain?,"
    Rabiah berkata," Itu sahaja". Rasulullah s.a.w. lalu bersabda'"Maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud".(Riwayat Muslim). Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasulullah s.a.w. di dalam syurga firdaus,yakni dengan memperbanyakkan solat sunah. Semakin banyak solat sunah yang kita lakukan, semakin besar kesempatan kita untuk menempati syurga Allah bersama-sama Rasulullah s.a.w. InsyaAllah. (SOLUSI isu 23)

Wednesday, February 22, 2012

Sajak : Antara Dua Cinta

Apa yang ada, jarang disyukuri nikmatnya
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia..
Ibarat air laut diminum hanya menambah haus.
Seperti kata Rasulullah..
"Adapun keseronokan di dunia ini,
tidak lain adalah kesenangan bagi
orang yang terpedaya."

Nafsu..
bagai fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu
bagai bayang-bayang
Dilihat ada di tangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang terpendam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Yang ku harap tumbuh subur
Membajai jiwa ini

Kehidupan Adalah Suatu 'Nikmat...

"Masih dapat hidup adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya. Mereka menganggap hidup adalah nikmat yang biasa-biasa. Justeru ramai yang tidak berterima kasih kepada Tuhan kerana masih dihidupkan. Padahal Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya membaca doa ini sebaik sahaja kita bangun dari tidur: 
'SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGHIDUPKAN KAMI SETELAH MEMATIKAN KAMI DAN KEPADANYA KAMI DIKEMBALIKAN,' (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)
Dapat bangun daripada tidur dan hidup lagi pada setiap hari wajib disyukuri. Ini kerana tidur itu hakikatnya separuh daripada kematian. Berapa ramai manusia yang tidur  pada malamnya, terus tidak bangun-bangun lagi kerana ajalnya telah sampai. Walaupun begitu, bukanlah cukup hanya dengan berdoa sahaja, tetapi yang lebih pentinglah menggunakan nikmat hidup selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita. Jadikan hidup ini untuk menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi... (Sedutan SOLUSI Isu 24)