Wednesday, March 26, 2014

Hala Tuju Hidup Membina Maruah Diri

Pembelajaran Interaktif Pendidikan Moral Tahun 6 melalui blog Tajuk: Hidup Bermatlamat Maruah Diri Terpelihara (Masa 30 minit) -Sila ikuti langkah-langkah dan arahan berikut; 1. Sebagai permulaan sila klik di sini untuk menonton youtube tentang Hari Usahawan kemudian balik ke menu utama. 2. Baca Petikan dan teliti gambar Tokoh-tokoh Pendidikan dan Atlet di bawah. 3. Klik pada perkataan bergaris untuk mengetahui maksud perkataan yang bergaris. Kean Seng ialah seorang murid Tahun 6 yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti. Sejak di Tahun 4 lagi, Kean Seng telah merancang hala tuju hidupnya dengan baik. Kean Seng percaya bahawa semua orang perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh. Hal ini demikian kerana dia percaya bahawa jika dia mempunyai pegangan agama yang kuat, dia tidak akan melakukan perkara yang boleh menjejaskan maruah dirinya. Dia juga berupaya untuk memuliakan dan menjaga maruah dirinya dalam kehidupan. Dia tidak aan melakukan perbuatan nagetif yang boleh menjejaskan maruah dirinya seperti bercakap bohong dan ponteng sekolah. Untuk mencapai cita-citanya, Kean Seng berusaha memajukan dirinya dengan belajar bersungguh-sungguh. Dia bijak menguruskan masa dengan baik. Dia selalu menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Kean Seng juga rajin ke Pusat Sumber sekolah untuk mengulangkaji pelajaran sekolah. Dia turut aktif dalam Kelab Keusahawanan di sekolahnya. Pada waktu lapang. Kean Seng suka melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah seperti membaca buku tentang keusahawanan dan melaukan aktiviti riadah. Melalui aktiviti yang sihat seperti ini, dia memperoleh banyak pengetahuan dan dapat menjaga harga dirinya. http://www.sinarharian.com.my/sukan/olimpik-london-prestasi-keseluruhan-atlet-malaysia-1.76166 http://www.koqinkaremo.com/tag/atlet-malaysia-terhebat/ http://buzzera.blogspot.com/2012/04/senarai-pemenang-anugerah-astro-arena.html http://norsuhaidaismail.blogspot.com senaman harian http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Angkasawan_Negara_Malaysia http://helangsenja.blogspot.com/ 4. Seterusnya menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan di atas. 5. Klik pada pautan yang diberi untuk penerangan lebih lanjut mengenai gambar-gambar dibawah. Untuk ke soalan sila klik di sini